http://www.youtube.com/watch?v=DRtWmJz8-Fc&feature=related
85- Surah Al Buruj (Gugusan bintang) Surah Makiyyah- 22 Ayat
1. Demi langit yang mempunyai kelompok bintang ( iatu bintang bintang yang 12):
2. Dan demi hari (pembalasan) yang dijanjikan.
3. Dan demi yang hadir menyaksikan hari itu serta segala yang disaksikan.
4. Binasa dan celakalah kaum yang menggali parit.
5. (Parit) yang berapi yang penuh dengan bahan bakar.
6. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya.
7. ( Sambil) melihat apa yang mereka lakukan kepada orang mukmin
8. Dan mereka (orang yang menggali parit) tidak menyeksa orang mukmin itu melainkan kerana mereka beriman kepada Allah yang maha esa, lagi maha terpuji !
9. Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah) Allah sentiasa menyaksikan segala sesuatu.
10. Sesungguhnya orang yang mendatangkan bahaya ( seksa,bunuh dan sebagainya) kepada orang lelaki dan wanita yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam dan mereka akan beroleh azab api yang kuat membakar.
11.Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, mereka akan beroleh syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.
12. Sesungguhnya azab tuhanmu ( terhadap orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
13. Sesungguhnya dialah menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya dan mengembalikannya ( hidup semula sesudah mati)
14. Dan dialah yang maha pengampun lagi maha pengasih.
15. Tuhan yang mempunyai arasy yang tinggi kemuliaannya.
16. Yang berkuasa melakukkan segala yang dikehendakinya.
17. Adalah sudah sampai kepadamu ( wahai Muhammad( perihal kaum kaum yang menentang ( rasul rasul yang diutus kepada mereka)'?
18.( Iatu kaum) Firaun dan (kaum) Thamud.
19. Bahkan orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.
20. Sedangkan Allah, mengepung mereka (dengan kekuasaannya) dari belakang mereka.
21. (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah al-Quran yang tertinggi kemuliaanya.
22. (Yang terpelihara dengan sebaik baiknya) dalam Lawh mahfuz.
http://justin.tv/yayasantaalim/b/276201656
No comments:
Post a Comment